.::RODHINA::.

setiap yang dilakukan adalah datang dari keredhaan kami dalam menghindarkan diri dari segala sifat mazmumah yang dimurkai Allah, astaghfirullah..dan destinasi kami adalah mencapai Mardhatillah, insya Allah..amin

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wahsalan Wamarhaban Bikum..Bulan Ramadhan...


salam Iman fillah..salam nur Islam..

Bulan Ramadhan kian menjelma...alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T kerana masih mengurniakan nikmat2 yang tidak terhitung nilainya dan jumlahnya kepada kita semua..alhamdulillah..

ketika post ini ditulis, "direka" dan sebagainya adalah pada 30 Sya'aban 1430 H, bersamaan 21 Ogos 2009..ini bermakna, jika secara adabnya, tinggal 1 hari lagi sebelum kita berada di dalam bulan Ramadhan..insya Allah..

Alhamdulillah..sempena pada detik 30 Sya'aban 1430 H ini juga, diri ini mewakili RODHINA utk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1430 H"..insya Allah..."Menyambut" di sini bermaksud, ia "disambut" dgn hati yang bersedia utk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan meninggalkan segala kemurkaan Allah, insya Allah...

jika sebelum ini, Bulan Rejab adalah Bulan Allah, Bulan Sya'aban adalah Bulan Rasulullah S.A.W...maka Bulan Ramadhan pula adalah Bulan Umat Nabi Muhammad S.A.W...insya Allah..maka, marilah sama2 kita muhasabah diri...lakukanlah pemeriksaan pada hati kita semua, adakah hati kita dipenuhi kejahilan dan kegelapan..adakah hati kita terlalu taksub dgn dunia...adakah hati kita masih dgn mahkota dunia...kita buat soalan, dan kita jawab sendiri..itu adalah kaedah utk bermuhasabah diri..insya Allah..semoga Allah mengurniakan nikmat keampunanNya pada kita semua agar kita tidak termasuk di dalam golongan yang rugi, astaghfirullah..

akhir kata...tetapkanlah lintasan hati atau niat di hati itu ke arah Mardhatillah dalam menyambut bulan Ramadhan yang beberapa detik sahaja lagi utk ia menjelma..dan dengan itu, diri kita akan berada dalam rahmat Allah S.W.T bersama dgn nikmat2 yang tidak ternilai di dalam Bulan Ramadhan itu nanti..insya Allah..amin..

salam jihad fisabilillah..

No comments:

Post a Comment