
Pada 11 Oktober 2008 iaitu hari Sabtu, bertempat di Chancellor Hall Universiti Teknologi PETRONAS, satu program yang dikenali sebagai ‘Kembara Sufi VII’ telah diadakan...Program ini merupakan salah satu program bersempena Hari Raya anjuran bersama Kelab Medtech UTP dan Rakan Masjid UTP...
Antara program utama yang terdapat di dalam "Kembara Sufi 7 2008" tersebut adalah Pertandingan Nasyid Anjuran UTP...
RODHINA mengambil peluang ini sebagai satu platform dalam memperkenalkan kumpulan Nasyid kami di kalangan masyarakat amnya dan umat Islam khususnya..insya Allah..
Ustaz Nazrul Izwan telah menghasilkan beberapa lirik dan lagu bagi mempersiapkan RODHINA utk pertandingan tersebut..dan kami berlima iaitu Zul, Taj, Ustaz Nazrul Izwan, Mohsin dan Saiful telah mengadakan beberapa siri latihan bagi memantapkan lagi persiapan kami...
dan tibalah kemuncaknya iaitu Kembara Sufi 7 2008 dilaksanakan...dan kami sampai awal kesana..
secara ringkasnya...UPSI telah memenangi pertandingan tersebut..persembahan secara keseluruhan yang mereka persembahkan memang bercirikan johan, maka secara hakikatnya mereka lebih mendominasi pertandingan tersebut..tahniah diucapkan kepada kumpulan Nasyid dari UPSI...
kami RODHINA tidak pulang dengan kecewa..tetapi sebaliknya ia adalah satu pengalaman yang amat berharga dalam memberi nilai ketabahan kepada kami semua supaya lebih gigih dalam mengharungi lapangan perjuangan dan akhirnya menuju ke arah Mardhatillah..insya Allah..amin..
semoga Allah bersama kami semua dalam mengejar keredhaanNya..amin...
salam jihad fisabilillah..
baju biru..!
ReplyDeletebaju biru..!
@mUhSiNCe@
yang mana satu? =P
ReplyDelete