.::RODHINA::.

setiap yang dilakukan adalah datang dari keredhaan kami dalam menghindarkan diri dari segala sifat mazmumah yang dimurkai Allah, astaghfirullah..dan destinasi kami adalah mencapai Mardhatillah, insya Allah..amin

Monday, August 17, 2009

Waktu yang ditunggukan..

Salam Iman fillah..salam nur Islam..

setelah seminggu melakukan pelbagai persiapan..akhirnya kami berenam...Ustaz Nazrul Izwan, Taj, Zul, Mohsin, Saiful, dan Jamil telah "turun" ke "medam perjuangan" di bangunan Intim, Ipoh, Perak..

kami bertolak dari Seri Manjung sehari lebih awal dari tarikh Festival berlangsung..kami telah disediakan penginapan di Intim iaitu tempat festival yang akan berlangsung keesokannya..

Sampai di Intim, kami berenam telah diberi 2 buah bilik..di mana 5 dari kami tinggal di dalam sebuah bilik, dan Ustaz Nazrul Izwan dan keluarganya tinggal di dalam bilik yang lain..namun, dari segi latihan "panas badan", kami lakukan di bilik Ustaz Nazrul Izwan...

kami tidak banyak berlatih..hanya sekadar mengingati gaya persembahan dan melakukan paduan suara sedikit sahaja..sebaliknya hanya berehat..dan begitulah yang sepatutnya...jasad dan mental perlu diberi rehat yang secukupnya..insya Allah..

dari segi makanan dan minuman, pihak penganjur telah sediakannya di dalam kawasan Intim tersebut..alhamdulillah, seluruh rezeki itu milik Allah S.W.T..alhamdulillah..

dan..kami berehat...menanti detik keesokan harinya..iaitu permulaan Festival bagi peringkat saringan..semoga Allah bersama kami..amin..

salam jihad fisabilillah..

No comments:

Post a Comment