.::RODHINA::.

setiap yang dilakukan adalah datang dari keredhaan kami dalam menghindarkan diri dari segala sifat mazmumah yang dimurkai Allah, astaghfirullah..dan destinasi kami adalah mencapai Mardhatillah, insya Allah..amin

Thursday, September 24, 2009

Salam Meraikan Raya Puasa..Syawal 1430H

salam Iman fillah..salam nur Islam..

kepada semua sahabatku..saudara-saudara seIslam..kawan-kawan non-muslim...

selamat meraikan raya puasa..insya Allah..

salam jihad fisabilillah..

Thursday, September 17, 2009

Last Day...Ramadhan 1430H..

Salam Iman fillah..salam nur Islam..

sedih apabila nak menyusun ayat bagi post ini..berat hati utk meninggalkan "Ramadhan" yang dipenuhi dengan segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T bagi memuliakan Ramadhan..namun, ku tetap melafazkan kesyukuran pada Allah S.W.T..dengan segala nikmat yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada diri ini, maka diri ini mampu untuk melakukan amal ibadat di sepanjang Ramadhan..alhamdulillah..syukuri fillah...amin..

wahai adikku...wahai saudaraku..wahai sahabatku...

hayatilah kiasan ini dengan hati yang jernih kerana Allah S.W.T...

"apabila tiba hari raya puasa, maka bergembiralah syaitan laknatullah...namun sebaliknya pula kepada para alim ulama', di mana mereka begitu sedih sekali sehingga menitiskan air mata.."

"apakah yang berlaku sebenarnya??"

"Syaitan laknatullah gembira kerana hari utk dia bertugas semula bagi mengheret manusia ke neraka makin hampir...manakala para alim ulama' begitu sedih kerana Ramadhan yang dipenuhi segala barakah dari Allah S.W.T bakal meninggalkan mereka...."

"maka..cuba kiaskan hal itu dengan kita!!!"

"adakah kita gembira dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dan menyambut Syawal dengan begitu megah sekali...iaitu dengan mengunjungi pusat membeli belah..membeli pakaian baru dua tiga pasang bagi setiap seorang...menyediakan makanan di hari raya dengan pelbagai juadah...astaghfirullah..jika inilah sikap atau sifat kita, maka ia tidak ubah seperti syaitan laknatullah yang gembira dengan Ramadhan yang semakin hampir meninggalkan kita..astaghfirullah.."

"atau??????"

"adakah kita sedih dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dengan manfaatkan sepenuhnya hari2 terakhir..detik2 terakhir untuk menghambakan diri pada Allah S.W.T...sentiasa berzikir pada Allah S.W.T...dan apabila tiba bulan Syawal, kita hanya meraikan kejayaan kita sekadar sahaja, bukannya menyambut ia sehingga melupakan kita pada Ramadhan....."

"yang mana satukah kita??"

wahai adik-adiku...wahai saudaraku..wahai sahabatkul..renungkanlah...


Alam dunia hanya sementara...Alam Akhirat kekal selamanya..itulah dua pilihanmu..

jika memilih dunia, maka dirimu telah menempah tiket percuma utk menerima kunci pintu neraka, nauzubillah..jika memilih akhirat, maka dirimu telah dihamparkan karpet mulia yang mana ia ke arah pintu syurga, insya Allah..amin..

salam jihad fisabilillah..

Nukilan adik Fatin dan adik Wani..


Ukhuwah fillah tidak akan musnah.....

Ukhuwah ikatan RODHINA tidak akan roboh dengan hasutan nafsu, emosi dan syaitan.....
RODHINA tabah hadapi dugaan.....
Tidak akan berpisah dan berpecah belah selamanya.....
Fitnah dan buah mulut orang tentang rakannya tak akan diendahkan.....
Sesungguhnya RODHINA adalah SATU FAMILY.....
Tak akan berpecah walau berjauhan kerana memori bersama tetap terpahat dalam hati.....
Suka dan duka dikongsi bersama.....
Ikatan SAYANG DAN CINTA akan satu sama lain yang membuatkan RODHINA sentiasa bersatu.....
Senyum dan girang walau hadapi rintangan.....
RODHINA SENTIASA DIHATI.....


~:::daripada Fatin dan Wani:::~

Abg taj : terima kasih buat adik-adikku di atas nukilan yang begitu indah...amin..

Salam kemaafan..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

salam ukhuwah fillah wahai saudaraku sekalian..(^_^)

maaf kerana lama tidak aktifkan blog ini..diri ini terlalu sibuk di sepanjang bulan Ramadhan...astaghfirullah...

alhamdulillah..walau bagaimanapun..diri ini tahu adik-adik RODHINA BIDADARI dan saudara-saudara RODHINA serta sahabat-sahabat yang lain pasti berada dalam keadaan sihat dan dibawah pancaran nur Iman dan Islam dengan izin Allah S.W.T..insya Allah..amin..

semoga Allah memberkati kehidupan kalian semua..insya Allah..amin..

salam jihad fisabilillah...