sedih apabila nak menyusun ayat bagi post ini..berat hati utk meninggalkan "Ramadhan" yang dipenuhi dengan segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T bagi memuliakan Ramadhan..namun, ku tetap melafazkan kesyukuran pada Allah S.W.T..dengan segala nikmat yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada diri ini, maka diri ini mampu untuk melakukan amal ibadat di sepanjang Ramadhan..alhamdulillah..syukuri fillah...amin..
wahai adikku...wahai saudaraku..wahai sahabatku...
hayatilah kiasan ini dengan hati yang jernih kerana Allah S.W.T...
"apabila tiba hari raya puasa, maka bergembiralah syaitan laknatullah...namun sebaliknya pula kepada para alim ulama', di mana mereka begitu sedih sekali sehingga menitiskan air mata.."
"apakah yang berlaku sebenarnya??"
"Syaitan laknatullah gembira kerana hari utk dia bertugas semula bagi mengheret manusia ke neraka makin hampir...manakala para alim ulama' begitu sedih kerana Ramadhan yang dipenuhi segala barakah dari Allah S.W.T bakal meninggalkan mereka...."
"maka..cuba kiaskan hal itu dengan kita!!!"
"adakah kita gembira dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dan menyambut Syawal dengan begitu megah sekali...iaitu dengan mengunjungi pusat membeli belah..membeli pakaian baru dua tiga pasang bagi setiap seorang...menyediakan makanan di hari raya dengan pelbagai juadah...astaghfirullah..jika inilah sikap atau sifat kita, maka ia tidak ubah seperti syaitan laknatullah yang gembira dengan Ramadhan yang semakin hampir meninggalkan kita..astaghfirullah.."
"atau??????"
"adakah kita sedih dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dengan manfaatkan sepenuhnya hari2 terakhir..detik2 terakhir untuk menghambakan diri pada Allah S.W.T...sentiasa berzikir pada Allah S.W.T...dan apabila tiba bulan Syawal, kita hanya meraikan kejayaan kita sekadar sahaja, bukannya menyambut ia sehingga melupakan kita pada Ramadhan....."
"yang mana satukah kita??"
wahai adik-adiku...wahai saudaraku..wahai sahabatkul..renungkanlah...

Alam dunia hanya sementara...Alam Akhirat kekal selamanya..itulah dua pilihanmu..
jika memilih dunia, maka dirimu telah menempah tiket percuma utk menerima kunci pintu neraka, nauzubillah..jika memilih akhirat, maka dirimu telah dihamparkan karpet mulia yang mana ia ke arah pintu syurga, insya Allah..amin..
salam jihad fisabilillah..
No comments:
Post a Comment