.::RODHINA::.

setiap yang dilakukan adalah datang dari keredhaan kami dalam menghindarkan diri dari segala sifat mazmumah yang dimurkai Allah, astaghfirullah..dan destinasi kami adalah mencapai Mardhatillah, insya Allah..amin

Monday, August 24, 2009

Amalan di Bulan Ramadhan..insya Allah..


Salam Iman fillah..salam nur Islam..

alhamdulillah...kita semua masih di beri nikmat oleh Allah S.W.T dalam meneruskan kehidupan ini..alhamdulillah..lebih2 lagi Allah S.W.T telah memberi nikmat RAMADHAN kepada kita semua utk melakukan amal ibadat dan juga sebagai hamba Allah S.W.T pada detik ini..subhanallah..Alhamdulillah.. di dalam Bulan Ramadhan ini..beberapa Amalan mestilah kita amalkan sebagai suatu bentuk "meraikan" Ramadhan..insya Allah..

.:: Amalan di Bulan Ramadhan ::.
  • Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib...(Sunnah berbuka dengan segera yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan solat)
  • Makan sahur, dita'khirkan (dilewatkan) sampai akhir malam mendekati Subuh...
  • Lebih bersifat dermawan (banyak memberi memberi, banyak bersedekah, banyak menolong) dan banyak membaca al-Quran...
  • Menegakkan solat malam...dan solat Tarawikh dengan berjemaah...
  • Berusaha mendapatkan lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil...Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca " Ya Allah Engkaulah Maha Pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku."..
  • Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir...
marilah sama2, kita amalkannya..insya Allah.. salam jihad fisabilillah..

Sunday, August 23, 2009

Senyum..setiap manusia mempunyai senyumannya..

Salam Iman fillah..salam nur Islam..

Sempena bulan Ramadhan ini...pastinya kesabaran di pinta..di mana hati kita sebagai umat Islam perlulah mujahadah..perlulah "berjihad" untuk melawan kerenah nafsu...insya Allah..

Dalam kesabaran di diri dalam melakukan sesuatu amal atau perbuatan, pasti wajah kelihatan muram dan letih..itu lumrah atau kebiasaannya...maka kita sebagai umat Islam, hadapilah ia dgn hati yang tabah..itu semua adalah ujian dari Allah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..insya Allah..

Dan post kali ini, ana (Islamic Crown @ Islamic Warrior) ingin berkongsi sedikit mengenai senyuman dan rahsia yang tersembunyi bagi setiap "bentuk" senyuman tersebut...


Secara lumrahnya, setiap orang atau manusia itu punyai cara senyumannya yang tersendiri...Ada yang suka tersenyum lebar dan sebaliknya....Senyuman mengandungi seribu rahsia.... antaranya adalah :
  • Orang yg suka tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur...
  • Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya...Org yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain...
  • Jenis org yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik...Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya..
  • Org yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas...Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu..

Maka..ciri-ciri senyuman di atas hanya berdasarkan pada kajian...sama ada ia benar atau tidak, hal itu bergantung kepada pemahaman dan pegangan masing2...insya Allah..semoga Allah memelihara hati kita semua..amin..


maka...pilihlah senyuman yang bagaimana saudara mahukan..sesungguhnya setiap senyuman itu ada nilainya..dan niatlah senyuman itu pada landasan Mardhatillah..insya Allah...Allah meredhainya..amin..

salam jihad fisabilillah..

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wahsalan Wamarhaban Bikum..Bulan Ramadhan...


salam Iman fillah..salam nur Islam..

Bulan Ramadhan kian menjelma...alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T kerana masih mengurniakan nikmat2 yang tidak terhitung nilainya dan jumlahnya kepada kita semua..alhamdulillah..

ketika post ini ditulis, "direka" dan sebagainya adalah pada 30 Sya'aban 1430 H, bersamaan 21 Ogos 2009..ini bermakna, jika secara adabnya, tinggal 1 hari lagi sebelum kita berada di dalam bulan Ramadhan..insya Allah..

Alhamdulillah..sempena pada detik 30 Sya'aban 1430 H ini juga, diri ini mewakili RODHINA utk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1430 H"..insya Allah..."Menyambut" di sini bermaksud, ia "disambut" dgn hati yang bersedia utk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan meninggalkan segala kemurkaan Allah, insya Allah...

jika sebelum ini, Bulan Rejab adalah Bulan Allah, Bulan Sya'aban adalah Bulan Rasulullah S.A.W...maka Bulan Ramadhan pula adalah Bulan Umat Nabi Muhammad S.A.W...insya Allah..maka, marilah sama2 kita muhasabah diri...lakukanlah pemeriksaan pada hati kita semua, adakah hati kita dipenuhi kejahilan dan kegelapan..adakah hati kita terlalu taksub dgn dunia...adakah hati kita masih dgn mahkota dunia...kita buat soalan, dan kita jawab sendiri..itu adalah kaedah utk bermuhasabah diri..insya Allah..semoga Allah mengurniakan nikmat keampunanNya pada kita semua agar kita tidak termasuk di dalam golongan yang rugi, astaghfirullah..

akhir kata...tetapkanlah lintasan hati atau niat di hati itu ke arah Mardhatillah dalam menyambut bulan Ramadhan yang beberapa detik sahaja lagi utk ia menjelma..dan dengan itu, diri kita akan berada dalam rahmat Allah S.W.T bersama dgn nikmat2 yang tidak ternilai di dalam Bulan Ramadhan itu nanti..insya Allah..amin..

salam jihad fisabilillah..

Monday, August 17, 2009

buat RODHINA bidadari...selamat berjaya dalam menempuhi UPSR..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

salam ukhuwah fillah..

buat RODHINA bidadari..terutama ketujuh-tujuh bidadari tersebut...selamat menempuh alam peperiksaan..belajar rajin2, masa utk bersukaria dah tamat...sekarang, masa utk belajar pulak...insya Allah..semoga Allah bersama kamu semua..amin..


semoga berjaya dalam peperiksaan yang "diduduki"..salam mujahadah..salam ukhuwah fillah..

salam jihad fisabilillah..

Inspirasi buat RODHINA bidadari..

salam Iman fillah..salam nur Islam...

dengan berakhirnya Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri di Sekolah Izzudin Shah itu, maka kembalilah semula kita semua dalam kehidupan di tempat masing2 utk diteruskan perjuangannya..

buat RODHINA bidadari, majoriti ahlinya adalah pelajar UPSR, iaitu 7 orang...dan hanya 2 orang sahaja adalah pelajar tahun 5..maka, tahun ini adalah tahun terakhir bagi ketujuh-tujuh pelajar tersebut bergelar pelajar Sekolah Agama Rendah..selepas ini, mereka bertujuh akan ke "medam" sekolah menengah pula..

Nasihat buat ketujuh-tujuh "bidadari" tersebut..kukuhkanlah ikatan UKHUWAH FILLAH yang sedia terjalin..walaupun mungkin berpisah dari jenis sekolah menengah yang "diduduki" nanti, namun ikatan UKHUWAH FILLAH itu masih kukuh dihati..dan sesungguhnya nilai Iman itu bergantung kepada persaudaraan yang dijalinkan kerana Allah S.W.T..

ingatlah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "TIDAK BERIMAN SESEORANG ITU SEHINGGALAH DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI"

berdasarkan pada hadith itu, jelaslah kepada kita semua, bahawa ikatan Ukhuwah Fillah adalah merupakan jalan2 menuju keredhaan Allah..insya Allah..amin..

kepada ketujuh-tujuh "bidadari"...tetapkanlah hati2 kamu semua kepada Allah, sesungguhnya kamu akan "melihat" Allah sentiasa bersama kamu semua..amin..



salam jihad fisabilillah..

RODHINA Bidadari..Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri..Sekolah Agama Rendah Kategori Perempuan..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T..akhirnya, "takhta" JOHAN menjadi milik RODHINA bidadari..keputusan di umumkan oleh Ketua Hakim Pertandingan iaitu Mudir Sekolah Izzudin Shah..tahniah diucapkan kepada RODHINA bidadari...


wajah setiap ahli RODHINA Bidadari ceria tanpa "terkata"...gembira yang teramat sangat agaknya..hehe...alhamdulillah, syukur kepada Allah..dalam keadaan gembira itu sebenarnya Allah hadirkan ujian kepada kita sebagai makhlukNya..dimana jika kita leka dgn kegembiraan itu sehingga melupakan Allah, maka jatuhlah kita dikedudukan yang hina disisi Allah, nauzubillah..astaghfirullah..maka, dgn kejayaan ini, ucaplah sentiasa kalimah "alhamdulillah"..sesungguhnya "alhamdulillah" akan terus kekal sehingga ke Alam Akhirat, sebaliknya kejayaan yang diperolehi hanya bersifat sementara di Alam Dunia sahaja...astaghfirullah..semoga Allah bersama kita semua..amin..

salam jihad fisabilillah..

Watak Juara terserlah..bersama hati yang tawakkal dan redha dgn keputusan yang bakal diperolehi nanti..


salam Iman fillah..salam nur Islam..

selepas "berhempas pulas" dgn persiapan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri kategori Sekolah Agama Rendah...dan persembahan juga sudah dilakukan..maka, tawakkal kepada Allah pula dilakukan..insya Allah, Allah Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana...setiap perbuatan berlandaskan keredhaan Allah, pasti Allah akan curahinya dgn ganjaran yang bernilai, insya Allah..amin..

keadaan yang tenang selepas pertandingan..walaupun hati "umpama bergoncang dek keresahan", namun hati tetap redha dgn setiap keputusan yang akan diterima nanti..semoga Allah bersama kita semua..amin..




daripada melayan perasaan "resah dan gelisah" menanti keputusan..jom makan dulu...hehe..



makan elok2 "RODHINA bidadari"..kan tercekik lak nanti..nauzubillah..


Kemudian...kami semua bersama RODHINA bidadari pulang ke penginapan masing2...bersama hati yang tidak sabar mengetahui keputusan pada keesokan harinya..insya Allah..Allah Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana..amin..

salam jihad fisabilillah..

Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri..RODHINA bidadari..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

selepas sahaja RODHINA bidadari memperolehi kemenangan di peringkat Zon 3..mereka kemudiannya menjadi wakil kepada Zon 3 utk bertanding di Peringkat Negeri yang di adakan di Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, Perak...

salah seorang anggota RODHINA iaitu Taj hadir bersama dgn Ustaz Nazrul Izwan dan Ustazah Hidayah serta "baby" Nazmi Ikhwan sebagai persiapan bagi memantapkan lagi RODHINA bidadari..

RODHINA bidadari yang diketuai oleh Fatin telah sampai lebih awal satu hari dari tarikh pertandingan, dan mereka semua telah ditempatkan penginapannya di Sekolah Agama Ta'yyah..dan Taj dan Ustaz Nazrul Izwan sekeluarga pula menginap di sebuah rumah sahabat di Ipoh..alhamdulillah...Allah telah mempermudahkan segala urusan kami semua..alhamdulillah..

keesokannya..Pagi-pagi lagi, kami telah pergi ke dewan Sekolah Izzudin Shah utk persiapan terakhir RODHINA bidadari bagi Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Kategori Perempuan Sekolah Agama Rendah..

Antara "detik2 kenangan" sebelum persembahan RODHINA bidadari..

berlatih elok2 RODHINA bidadari...



Guru Besar sendiri yang pecahkan telur..alhamdulillah..
baik sungguh budi pekerti Guru Besar ini..alhamdulillah..
Semoga Allah bersamanya..amin...








telan telur kuning..alhamdulillah..majoriti berjaya laksanakannya..


Alhamdulillah...RODHINA bidadari dari segi persiapan vokalnya amat berjaya sekali kerana majoriti dapat lakukan "menelan telur kuning"..alhamdulillah..

dan ini adalah langkah2 terakhir sebelum naik ke pentas...


dan..mereka kemudiannya naik ke pentas setelah di panggil giliran mereka..iaitu giliran kelapan..

secara ringkasnya...persembahan yang mereka persembahkan adalah berjaya..paduan suara dan gaya amat menarik sekali dan kemas...jika jurinya adalah profesional dan rasional, maka kemenangan pasti dipihak RODHINA bidadari..insya Allah..

salam jihad fisabilillah..

RODHINA...kekal di hati...salam ukhuwah fillah..

salam Ukhuwah fillah...

ikatan ukhuwah fillah adalah satu ikatan yang mengikat hati2 kami di dalam RODHINA..walaupun jauh dari segi jarak dan masa..namun...ukhuwah fillah tetap terjalin..subhanallah..semoga Allah bersama dgn saudara2 ku sekalian..amin..


salam jihad fisabilillah..

Kehidupan..diteruskan..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

selepas selesai semuanya..Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009 sudah dilabuhkan tirainya..begitu juga Pertandingan Nasyid Peringkat Zon 3 sudah selesai di laksanakan...maka, bermulalah kami berempat dgn kehidupan yang "baru"..

Zul kembali ke Kelantan utk meneruskan pekerjaannya..Taj, Mohsin dan Saiful meneruskan pengajian utk semester yang baru pula..Ustaz Nazrul Izwan pula meneruskan kehidupannya seperti biasa...dan kami semua kembali berpisah...perpisahan yang di sulamkan dgn ikatan Ukhuwah fillah..insya Allah akan bersua kembali...insya Allah..

salam jihad fisabilillah..

RODHINA "bidadari"...Johan Nasyid Peringkat Zon 3..Sekolah Agama Rendah..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

selepas sahaja Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009...keesokannya pula adalah Pertandingan Nasyid Peringkat Zon 3 yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan dari Sekolah Rendah yang mana mereka itu adalah pelajar Ustaz Nazrul Izwan...

pagi keesokan selepas festival tersebut, kami berempat sahaja yang tinggal bersama Ustaz Nazrul Izwan kerana Jamil terpaksa pulang awal kerana ada urusan yang penting utk diselesaikan katanya..

Kami berempat telah membantu Ustaz Nazrul Izwan dalam mempersiapkan "RODHINA bidadari" ini...Pertolongan yang diberikan mungkin tidak seberapa, tetapi insya Allah ia berlandaskan Mardhatillah..amin..

Pada pagi tersebut..di tempat pertandingan...berlangsung pelbagai pertandingan...Pertandingan berkhutbah, tilawah, nasyid dan sebagainya..ia merupakan pertandingan di Peringkat Zon 3..

setelah sekian lama menunggu..maka, giliran "RODHINA bidadari" pula dipanggil utk memberi persembahan..


persembahan yang diberikan oleh "RODHINA bidadari" amat baik sekali...alhamdulillah..

namun..amat mengecewakan..setelah selesai sahaja "RODHINA bidadari" ini melakukan persembahan...kami berempat dan Ustaz Nazrul Izwan terpaksa bergegas pulang ke Seri Manjung kerana ada persembahan nasyid di Majlis Perkahwinan yang mesti kami hadiri...maka, kami terus pergi dgn hati yang kecewa kerana tidak dapat menunggu dan mengetahui keputusan pertandingan..namun, semua itu kami hadapi dgn hati yang redha..insya Allah..amin..

sampai di Majlis Perkahwinan..kami berempat bersama Ustaz Nazrul Izwan telah mengadakan persembahan nasyid..persembahan telah dilakukan dengan sebaiknya..alhamdulillah..tuan rumah juga terhibur dgn persembahan yang diberikan..alhamdulillah..

Selepas selesai persembahan nasyid di Majlis Perkahwinan tersebut, Ustaz Nazrul Izwan telah dikejutkan dgn berita yang gembira dari Pertandingan Nasyid Peringkat Zon 3..RODHINA bidadari telah menjadi Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Zon 3..syukur Alhamdulillah..

dgn berita gembira itu..sedikit sebanyak terubat hati kami semua dgn kemenangan RODHINA bidadari tersebut..alhamdulillah..walaupun tidak menang sebagai Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009, tetapi RODHINA tetap menang di kalangan "bidadari" di Peringkat Zon 3 dan insya Allah di Peringkat Negeri nanti..insya Allah..

tahniah kepada RODHINA bidadari...

salam jihad fisabilillah..

Kejayaan...Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

keputusan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak diumumkan..

Para pemenang telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kontemporari dan tradisional..

dan...RODHINA di umumkan sebagai JOHAN ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK..



alhamdulillah...

walaupun hajat utk memperolehi Johan Festival Nasyid kali ini tidak berjaya, tetapi kami semua redha dgn keputusan yang diterima..mungkin Allah telah menyediakan kepada kami pada sesuatu hal yang lebih baik...insya Allah..jika tidak pada detik ini, mungkin pada detik yang lain...insya Allah..


selepas pengumuman keputusan tersebut...Ustaz Nazrul Izwan menyuarakan kebimbangannya pada kami semua..Ustaz kelihatan risau tentang keadaan kami yang mungkin tidak boleh menerima keputusan tersebut dan seterusnya berputus asa dalam "landasan perjuangan" ini..

namun...kami semua hanya tersenyum melihat keadaan Ustaz tersebut..kami kemudiannya memberitahu kepada Ustaz, bahawa Ustaz tidak perlu risau, kami semua sudah bersedia dgn sebarang kemungkinan tentang hal itu..dan Kami "tidak serik" utk meneruskan "perjuangan" RODHINA..kalah tidak semestinya kalah buat selamanya...Allah Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana..Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui...kejayaan pasti akan datang jua, maka berputus asa bukanlah satu sifat mahmudah...maka, hindarilah ia sebaiknya...sesungguhnya segala rezeki itu milik Allah, dan Allah telah menyediakan semua itu seadil-adilnya kepada setiap makhlukNya..amin..subhanallah...

maka..berakhirlah festival kali ini...kami semua berjanji bersama Ustaz Nazrul Izwan...tahun 2010, adalah revolusi bagi RODHINA..insya Allah..semoga Allah bersama kami semua..amin..

salam jihad fisabilillah..

Peringkat Akhir Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

inilah detik kemuncak bagi Festival Nasyid kali ini..segala persiapan yang dilakukan akan diterjemahkan di dalam detik ini..insya Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan tersebut..amin...

dan...RODHINA telah dipanggil utk melakukan persembahan..maka, persembahan telah dilakukan sebaik mungkin...dan tawakkal kepada Allah sahaja selepas segala usaha telah dilakukan, insya Allah....amin..

salam jihad fisabilillah..


Peringkat Saringan..Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

pada pagi berlangsungnya festival tersebut..kami semua telah bersiap pada awal pagi lagi..

pemakaian pada peringkat saringan hanya memakai pakaian kemeja "ungu berkolar putih" dan "berseluar putih" sahaja (kalau tidak silap..atau pun seluar hitam)...

kami juga hanya mengambil sedikit makanan dan minuman buat alas perut sahaja..kerana jika terlebih makan dan minum, kesan sampingan boleh berlaku pada lantunan suara nanti...seeloknya dielakkan ia berlaku..insya Allah..

setelah sekian lama menunggu giliran...maka, RODHINA dipanggil utk membuat persembahan..subhanallah...RODHINA melakukan setiap gerakan dan lantunan suara yang telah dirancang dan alhamdulillah, keseluruhannya adalah berjaya..

dan...secara ringkasnya..RODHINA terpilih utk ke Peringkat Akhir pada malam nanti..alhamdulillah...

salam jihad fisabilillah...

Waktu yang ditunggukan..

Salam Iman fillah..salam nur Islam..

setelah seminggu melakukan pelbagai persiapan..akhirnya kami berenam...Ustaz Nazrul Izwan, Taj, Zul, Mohsin, Saiful, dan Jamil telah "turun" ke "medam perjuangan" di bangunan Intim, Ipoh, Perak..

kami bertolak dari Seri Manjung sehari lebih awal dari tarikh Festival berlangsung..kami telah disediakan penginapan di Intim iaitu tempat festival yang akan berlangsung keesokannya..

Sampai di Intim, kami berenam telah diberi 2 buah bilik..di mana 5 dari kami tinggal di dalam sebuah bilik, dan Ustaz Nazrul Izwan dan keluarganya tinggal di dalam bilik yang lain..namun, dari segi latihan "panas badan", kami lakukan di bilik Ustaz Nazrul Izwan...

kami tidak banyak berlatih..hanya sekadar mengingati gaya persembahan dan melakukan paduan suara sedikit sahaja..sebaliknya hanya berehat..dan begitulah yang sepatutnya...jasad dan mental perlu diberi rehat yang secukupnya..insya Allah..

dari segi makanan dan minuman, pihak penganjur telah sediakannya di dalam kawasan Intim tersebut..alhamdulillah, seluruh rezeki itu milik Allah S.W.T..alhamdulillah..

dan..kami berehat...menanti detik keesokan harinya..iaitu permulaan Festival bagi peringkat saringan..semoga Allah bersama kami..amin..

salam jihad fisabilillah..

Persiapan bagi Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

kami berempat iaitu Zul, Mohsin, Saiful, dan Taj telah tiba seminggu sebelum festival iaitu seperti yang di rancangkan..dan kami juga telah menerima kehadiran "sahabat baru" iaitu Jamil..dan kami semua akan "iktikaf" di rumah Ustaz Nazrul Izwan sehinggalah Festival berlangsung..insya Allah..

Ustaz Nazrul Izwan telah menyediakan beberapa lagu dan lirik untuk kami berlatih..persiapan dari segi pakaian festival juga alhamdulillah mendapat tajaan..syukran jazillan kepada penaja di atas bantuan yang diberikan..semoga Allah bersamanya..amin..

Kami berlima telah dilatih dengan pelbagai suara supaya persiapan bagi festival kali ini adalah lebih berkualiti...kami juga telah diberi sedikit panduan dan inspirasi oleh seorang saudara kami dalam memantapkan lagi dari segi vokal..syukran jazillan di ucapkan kepada saudara tersebut...maaf..dah terlupa pula nama dia...


Persiapan kali ini juga berlangsung dalam keadaan ceria dan gembira...tiada istilah kelam kabut, stress yang timbul..kami semua berlatih dalam keadaan berlapang dada, menerima setiap teguran dgn profesional, dan melakukan setiap perbuatan atau perkara dgn rasional...alhamdulillah..


maka...persiapan yang dilakukan hampir sempurna..insya Allah...alhamdulillah...semoga Allah bersama kita semua..amin..

salam jihad fisabilillah..

Panggilan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

Tahun 2009 adalah tahun kedua bagi RODHINA di dalam lapangan perjuangan ini..insya Allah..

Secara ringkasnya..pertengahan tahun 2009 telah tiba...dan kami berempat iaitu Taj, Mohsin, Zul, dan Saiful sudah bersedia dgn "panggilan misi yang penting"...dalam keadaan cuti final sem bagi pertengahan tahun ini, kebiasaannya mahasiswa yang bercuti pasti ada kegiatannya yang tersendiri..sama ada bekerja, bercuti dan sebagainya, pasti ada sahaja kerja yang hendak dilakukan..tetapi bagi kami berempat, Tahun 2008 adalah tahun pertama bagi kami di dalam arena perjuangan RODHINA dan telah mengajar kepada kami tentang erti kebijaksanaan dalam merangka sesuatu aktiviti kehidupan..

dan...masa telah tiba...kami berempat mendapat "panggilan" dari Ustaz Nazrul Izwan..bahawa FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK 2009 akan di adakan tidak lama lagi..maka, kami semua telah membuat keputusan akan "iktikaf" di rumah Ustaz Nazrul Izwan selama seminggu dan berakhir pada tarikh festival berlangsung..maka, Ustaz Nazrul Izwan mengalu-alukan keputusan yang dibuat..

maka...bermulalah misi RODHINA di Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2009 buat kali kedua..insya Allah..Allahuakbar!

salam jihad fisabilillah..

Perpisahan yang berlaku...namun..Ikatan Ukhuwah fillah masih terjalin..

salam Iman fillah..salam nur Islam..

RODHINA secara ringkasnya di asaskan oleh Ustaz Nazrul Izwan..dan 4 mahasiswa dari Kolej Profesional Mara Seri Iskandar...

namun...setiap perjuangan itu pasti ada halangan dan rintangannya sebagai satu ujian..Ujian tersebut bukanlah utk menyusahkan kita semua tetapi sebaliknya ia suatu loncatan utk kita lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...dan sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui tentang apa yang telah DIA takdirkan..subhanallah...amin..

Antara ujian yang paling besar adalah perpisahan yang berlaku di kalangan 4 mahasiswa tersebut..di mana salah seorang iaitu Taj telah memilih untuk "berhijrah" dari Kolej Profesional Mara Seri Iskandar (KPMSI) ke tempat menuntut ilmu yang lain...dan salah seorang yang lain iaitu Zul telah selesai pengajian di KPMSI dan sekarang memilih untuk bekerja di negeri Kelantan Darul Naim..dan tinggallah 2 mahasiswa sahaja yang masih kekal sebagai vokalis RODHINA di KPMSI...

walaupun Taj dan Zul telah menjadi "mantan" mahasiswa KPMSI, namun mereka berdua masih kekal berhubung dgn 2 mahasiswa yang lain dan juga dengan Ustaz Nazrul Izwan..alhamdulillah..hal itu semua terhasil di sebbkan ikatan Ukhuwah fillah yang terjalin kukuh dihati masing2...alhamdulillah..



salam jihad fisabilillah..

Kembara Sufi 7 2008..Universiti Teknologi Petronas...


Pada 11 Oktober 2008 iaitu hari Sabtu, bertempat di Chancellor Hall Universiti Teknologi PETRONAS, satu program yang dikenali sebagai ‘Kembara Sufi VII’ telah diadakan...Program ini merupakan salah satu program bersempena Hari Raya anjuran bersama Kelab Medtech UTP dan Rakan Masjid UTP...

Antara program utama yang terdapat di dalam "Kembara Sufi 7 2008" tersebut adalah Pertandingan Nasyid Anjuran UTP...

RODHINA mengambil peluang ini sebagai satu platform dalam memperkenalkan kumpulan Nasyid kami di kalangan masyarakat amnya dan umat Islam khususnya..insya Allah..

Ustaz Nazrul Izwan telah menghasilkan beberapa lirik dan lagu bagi mempersiapkan RODHINA utk pertandingan tersebut..dan kami berlima iaitu Zul, Taj, Ustaz Nazrul Izwan, Mohsin dan Saiful telah mengadakan beberapa siri latihan bagi memantapkan lagi persiapan kami...

dan tibalah kemuncaknya iaitu Kembara Sufi 7 2008 dilaksanakan...dan kami sampai awal kesana..

secara ringkasnya...UPSI telah memenangi pertandingan tersebut..persembahan secara keseluruhan yang mereka persembahkan memang bercirikan johan, maka secara hakikatnya mereka lebih mendominasi pertandingan tersebut..tahniah diucapkan kepada kumpulan Nasyid dari UPSI...

kami RODHINA tidak pulang dengan kecewa..tetapi sebaliknya ia adalah satu pengalaman yang amat berharga dalam memberi nilai ketabahan kepada kami semua supaya lebih gigih dalam mengharungi lapangan perjuangan dan akhirnya menuju ke arah Mardhatillah..insya Allah..amin..


semoga Allah bersama kami semua dalam mengejar keredhaanNya..amin...

salam jihad fisabilillah..

Maulidur Rasul...alhamdulillah..


salam Iman fillah..salam nur Islam..

dalam menyambut Maulidur Rasul yang penuh barakah itu...Ustaz Nazrul telah menghubungi kami berempat untuk menyatakan mengenai Pertandingan Nasyid yang akan di adakan di Seri Manjung sempena Maulidur Rasul tersebut...

dan..kami berempat tanpa berfikir panjang terus menyatakan sokongan dan komitmen utk menyertainya...

latihan nasyid telah diadakan di KPMSI..

setelah segala usaha dilakukan..maka tibalah hari pertandingan..dan alhamdulillah..RODHINA telah memenangi pertandingan Nasyid yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Seri Manjung...alhamdulillah..hal itu menjadi pemangkin kepada kami semua dalam meneruskan seni Islam ini...semoga kami semua berada di landasan Mardhatillah..insya Allah..

salam jihad fisabilillah..

Naib Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2008..


salam Iman Fillah..salam nur Islam..

Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2008 ini telah lama berlalu...lebih kurang setahun yang lalu..namun inilah kemenangan pertama buat RODHINA..alhamdulillah..walaupun bergelar Naib Johan, namun kemenangan itu meninggalkan seribu satu kenangan yang berharga buat kami berlima..alhamdulillah..

kenangan yang diingati...bagaimana penat dan letih kami terpaksa mengejar dan mengorbankan masa dan wang dalam membina sebuah kumpulan nasyid RODHINA..dan semua itu kami lalui dgn hati yang redha...bak kata orang, letih tidak terasa walaupun sudah berpeluh bagaikan mandi...semua halangan kami lalui dgn tenang dan redha kepada Allah S.W.T...

dan..takdir dari Allah..kami berjaya pulang dgn dua anugerah bagi Festival Nasyid tersebut..iaitu Naib Johan Kategori Kontemporari Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak 2008 dan Anugerah Lirik Terbaik yang dimenangi oleh Ustaz Nazrul Izwan..alhamdulillah..hal itu menjadikan kami lebih bersemangat bersama nilai keImanan dan Ukhuwah fillah dalam mengharungi kehidupan yang seterusnya..alhamdulillah...

salam jihad fisabilillah..

salam pengenalan..salam ukhuwah fillah..

salam Iman fillah..salam nur Islam...salam ukhuwah fillah..

Rodhina di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar (KPMSI) telah di asaskan oleh Ustaz Nazrul Izwan secara tidak rasmi...ketika itu beberapa mahasiswa KPMSI dalam proses mempersiapkan sebuah kumpulan nasyid utk Nadwah Islamiyyah iaitu satu program yang bercirikan kepimpinan Islam..

maka..bak kata orang, satu cahaya datang dari Seri Manjung...Ustaz Nazrul Izwan secara misteri telah hadir berjumpa kami semua yang ketika itu berada dalam keadaan tertekan utk mempersiapkan sebuah kumpulan nasyid bagi Nadwah Islamiyyah..

Ustaz Nazrul Izwan yang mengajar kami semua iaitu vokalis tidak rasmi bagi mempersiapkan sebuah kumpulan nasyid tersebut..Ustaz telah mengajar kami semua dari A hingga Z...dari suara yang hancur bak ayam berkokok dan kambing mengebek tetapi akhirnya kami semua mempunyai "bekalan" dan "kekuatan" untuk bersaing dgn Kolej-kolej lain di Nadwah Islamiyyah..

Secara ringkasnya..ketika kami sudah selesai berlatih untuk persiapan Nadwah Islamiyyah, maka timbul satu persoalan, iaitu nama kumpulan..maka, Ustaz Nazrul Izwan telah menyarankan pada kumpulan kami yang tidak rasmi ini dengan nama RODHINA..maka..akhirnya, bermulalah langkah kami dgn membawa "panji" RODHINA di pertandingan yang julung2 kalinya kami semua sertai sebagai kumpulan nasyid RODHINA "KPMSI"..

namun..rezeki itu milik Allah S.W.T...manusia telah merancang dgn jayanya, namun perancangan Allah lebih sempurna dan lebih barakah..kami kalah di Nadwah Islamiyyah..namun Ustaz Nazrul Izwan memberi semangat kepada kami bahawa itu semua adalah ujian dari Allah..kalah tidak semestinya kalah secara hina tetapi kalah secara berhormat..kita semua sudah bersaing dgn hebat, namun takdir itu milik Allah...dan Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

selepas Nadwah Islamiyyah...kumpulan nasyid RODHINA kpmsi seakan-akan "tidak hidup" lagi..kerana tujuan kumpulan itu diwujudkan pada mulanya hanyalah utk Nadwah Islamiyyah..dan..kehidupan kami sebagai mahasiswa diteruskan...kami belajar dan menduduki final exam bagi semester tersebut..dan akhirnya tibalah cuti final semester..

ditakdirkan Allah..ketika kami dalam cuti final semester...kami semua iaitu zul, taj, mohsin, saiful, dikejutkan dgn panggilan daripada Ustaz Nazrul Izwan..kami berempat berasa hairan pada mulanya..namun setelah diterangkan oleh Ustaz Nazrul Izwan tentang tujuan panggilan tersebut, baharulah kami berempat fahami...Ustaz Nazrul Izwan telah menjemput kami berempat utk bersama dgn beliau bagi menubuhkan sebuah kumpulan nasyid...dan kumpulan nasyid tersebut adalah untuk menyertai FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK 2008..maka..kami berempat menyahut panggilan tersebut sebagai satu ikatan "ukhuwah fillah"..

maka...disinilah bermula semuanya langkah-langkah RODHINA...satu ikatan antara kami semua adalah UKHUWAH FILLAH...dan secara rasminya RODHINA Seri Manjung terdiri daripada Ustaz Nazrul Izwan, Zul, Taj, Mohsin, dan Saiful...alhamdulillah..sampai ke saat ini, kelima-lima masih berhubung..walaupun jauh dari segi jarak dan masa, namun kami semua masih terikat dgn jalinan UKHUWAH FILLAH..insya Allah, kekal ke akhirnya..amin...